fbpx

Cristiano Ronaldo tolak tawaran gaji £2 juta seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilaporkan telah menolak tawaran lumayan dari Arab Saudi kerana tidak terpengaruh dengan kewangan. - AFP

LONDON – Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menolak tawaran lumayan untuk berhijrah ke Arab Saudi meskipun bintang antarabangsa Portugal itu terdesak mahu meninggalkan Manchester United musim ini.

Kelmarin, sebuah kelab Arab Saudi yang tidak dinamakan telah membuat tawaran paling lumayan ‘gila’ dalam sejarah perpindahan iaitu £250 juta (RM1.31 bilion) termasuk gaji £2 juta (RM10.53 juta) seminggu selama dua tahun.

Bagaimanapun, ESPN mendakwa bahawa Ronaldo tidak termakan dengan cadangan mahupun pujukan dari Arab Saudi, malah pemenang Ballon d’Or lima kali itu menolak tawaran yang telah dikemukakan kepadanya.

Ronaldo, 37, mempunyai kontrak dengan United sehingga Jun tahun depan dengan pilihan untuk melanjutkan setahun lagi, namun dia telah mengemukakan permintaan untuk perpindahan baru-baru ini.

Bintang penyerang The Red Devils itu dipercayai mahu keluar dari Old Trafford kerana mahu beraksi pada saingan Liga Juara-Juara musim depan selain mahu meneruskan bermain untuk kejohanan utama serta kompetitif.

United tidak dapat menawarkan Liga Juara-Juara kepada Ronaldo memandangkan kelab tersebut hanya layak beraksi pada Liga Europa musim depan selepas menamatkan saingan di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Situasi itu dikatakan menjadi punca Ronaldo meminta untuk dijual pada jendela perpindahan ini jika menerima tawaran sesuai meskipun pengurus baharu, Erik ten Hag menegaskan, Ronaldo bukan untuk dijual.

Pada masa sama, Ronaldo telah diberikan kebenaran untuk menangguhkan kehadiran bagi menyertai jelajah pramusim United di Thailand dan Australia atas sebab keluarga.

Dalam pada itu, sumber memberitahu ESPN bahawa Bayern Munich dan Atletico Madrid dikatakan sedang memantau secara dekat situasi Ronaldo, walaupun kedua-dua kelagb gergasi Jerman dan Sepanyol itu cuba menjarakkan diri daripada dikaitkan untuk menandatanganinya.

Sementara itu, Ronaldo telah memecah kesunyian menerusi catatan media sosialnya dengan status muat naik ‘kerja keras’ serta gambar dia bersenam di gim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI