MENIKMATI hidangan istimewa bersama keluarga dan orang tersayang adalah satu momen yang indah untuk dikenang selalu.
Namun, untuk menghasilkan menu menyelerakan memerlukan masa dan barang runcit yang banyak, tetapi kini misi tersebut mampu direalisasikan apabila kaum ibu dan wanita menggunakan produk Pracampur Serbuk Kari Segera Bestari.
Pastinya ia akan memudahkan urusan memasak, malah mengurangkan pembaziran.
Ini kerana, jika menggunakan bahan runcit yang terlalu banyak akan membuatkan lebihan lauk dibuang begitu sahaja tetapi apabila menggunakan produk revolusi baharu Pracampur Serbuk Kari
Segera, pengguna hanya tambahkan air dalam serbuk kari segera untuk dijadikan pes tanpa memerlukan bahan lain seperti cili, halia, serai dan sebagainya.
Ia hanya memerlukan santan segar atau santan segera sebanyak 150 mililiter (ml).
Penggunaan campuran rempah ratus berkualiti tinggi itu juga tidak menggunakan pengawet dan ia disahkan halal oleh Jakim serta sedia digunakan dalam tempoh 18 bulan.
Salah satu menu yang menggunakan produk tersebut adalah Kari Kambing Bestari.
Menu Kari Kambing Bestari:
Bahan-Bahan:
600g – 800g daging kambing – bersih dipotong kecil
1 kotak Serbuk Kari Segera Pracampur Daging/Ayam Bestari (75 gram) air 150 ml
150 ml air
1 sudu makan Serbuk Cili Bestari
1 biji bawang besar – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya menumis dan menggoreng
Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak:
Bancuhkan serbuk kari segera Bestari dengan air (untuk dijadikan pes)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
Masukkan daging kambing, gaul rata dan masukkan santan serta air secukupnya
Biarkan sehingga mendidih
Tutup api dan Kari Kambing Bestari sedia untuk dihidang