fbpx

Wasiyyah lancar pembangunan Sistem Hibah Digital pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar Mokhtar (tiga dari kiri) dan Ariffin (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) baru-baru ini menandatangani perjanjian bersama anak syarikat UM Capital Berhad, Fylix Sdn. Bhd. dan jurutera perisian, Omar Mokhtar Kasim bagi memba­ngunkan Sistem Hibah Digital.

Menerusi perjanjian itu, ketiga-tiga pihak bersetuju untuk menjadi pemegang saham dalam Himayah Technology Sdn. Bhd. yang menerajui usaha memba­ngunkan sistem tersebut yang bakal digunakan Wasiyyah.

Omar Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi Himayah Technology bagi mengetuai usaha pembangunan sistem berkenaan.

Melalui Sistem Hibah Digital, pelanggan dengan bantuan kakitangan Wasiyyah boleh menyediakan dokumen hibah mereka secara digital dan berakad hibah dengan cara sama menerusi aplikasi te­lefon pintar.

Menurut Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah, Ariffin Sabirin, idea membangunkan sistem itu sudah bermula sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama lagi dan telah diubahsuai beberapa kali mengikut kesesuaian semasa.

“Keistimewaan sistem ini adalah pada kemampuannya untuk me­laksanakan akad dan syarat hibah patuh Syariah tanpa kertas yang pertama di Malaysia. Kami percaya ia juga yang pertama seumpamanya di dunia.

“Hibah boleh dilaksanakan melalui telefon pintar sahaja.

“Semua dokumen hibah pe­langgan disimpan secara digital dalam sistem awan yang mempunyai sistem keselamatan ampuh dan mudah dicapai bila-bila masa,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

Wasiyyah menjangkakan seramai 15,000 pelanggan mengguna pakai sistem ini dalam tempoh 12 bulan akan datang dan menyumbang 50 peratus daripada asas pendapatan syarikat bagi tempoh tersebut.

“Strategi kerjasama ini diyakini dapat membantu Wasiyyah mencapai objektif mendigitalkan sepenuhnya operasi kami menjelang 2025,” tambah Ariffin. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI