fbpx

Usahawan Selangor paling ramai terima bantuan bencana alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ( menyerahkan) replika cek SMEEF 2.0, malam tadi. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Usahawan Selangor merupakan penerima terbesar bantuan kewangan disebabkan bencana alam daripada Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP).

Menurut Menterinya, Tan Sri Noh Omar, seramai 851 orang usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) di negeri ini telah memohon bantuan kewangan tersebut dengan nilai RM84 juta daripada bajet RM100 juta yang diperuntukkan.

“Kita juga memberi bantuan kepada 5,258 usahawan mikro dengan sebanyak RM3,000 seorang menerusi peruntukan RM15.8 juta dari bajet sebanyak RM50 juta.

“Secara kebetulan bencana banjir yang berlaku turut melibatkan negeri Selangor dan turut melibatkan ramai usahawan,”katanya selepas Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) bernilai RM14.67juta kepada 152 penerima di Uptown Shah Alam malam tadi.

Daripada sejumah penerima itu, 62 daripadanya adalah usahawan yang berniaga di Uptown Shah Alam dengan dana itu disediakan bagi pembiayaan pinjaman modal kerja tanpa faedah serta moratorium selama setahun kepada kesemua penerima. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI