fbpx

Sumbat 327.24 liter arak dalam Honda CR-V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM Wilayah Dua menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki cuba menyeludup arak menggunakan SUV Honda CR-V di sekitar Forest City, Iskandar Puteri, Johor tengah hari semalam.

JOHOR BAHRU – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup arak tidak bercukai gagal apabila dia dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam serbuan di sekitar Forest City, Iskandar Puteri di sini tengah hari semalam.

Dalam serbuan pada pukul 1 tengah hari itu, sebanyak 327.24 liter pelbagai jenis arak berjaya dirampas.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan selain sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V turut disita.

“Pasukan penguatkuasa mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang sebelum membuat serbuan dan menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan dipandu seorang suspek lelaki itu menjumpai pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai di bahagian tempat duduk belakang dan but belakang kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Muhd. Zailani, nilai keseluruhan rampas termasuk kenderaan bernilai RM131,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI