fbpx

Pemuda hilang di dusun durian ditemui dalam gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Zulhelmi yang ditemui berlindung dalam gua di atas bukit berhampiran Sungai Batu Pahat di Kangar, hari ini. Foto ihsan Pasukan Gerakan Am

KANGAR – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu selepas keluar membersihkan dusun durian yang terletak di atas bukit berhampiran Sungai Batu Pahat di sini ditemui dalam keadaan selamat pada petang ini.

Mangsa, Zulhelmi Abdul Halim, 28, dikatakan ditemui penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Sewaktu ditemui, Zulhelmi dikatakan sedang berlindung di dalam sebuah gua dengan keadaannya yang lemah dah tidak bermaya.

Pada ketika ini usaha menurunkan mangsa dari kawasan bukit itu sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Bapa mangsa, Abdul Halim Ismail, 71, berkata, dia bersyukur dengan penemuan anak bongsunya itu selepas dilaporkan hilang sejak 8 Julai lalu.

Katanya, dia juga sempat melihat gambar terkini anaknya itu dan lega apabila mengetahui Zulhelmi dalam keadaan selamat.

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus membantu mencari anak saya sejak dia dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI