fbpx

LRA Sungai Dua beroperasi pada kapasiti optimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LRA Sungai Dua di Pulau Pinang./ GAMBAR HIASAN.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Tasek Gelugor dekat sini terus beroperasi pada kapasiti optimum dan tiada sebarang ancaman penutupannya setakat ini.

Menurut kenyataan PBAPP, pihaknya sedia maklum terdapat beberapa hantaran dan mesej Facebook yang tular mengenai dakwaan kekeruhan air mentah yang tinggi dari Sungai Muda semalam yang boleh menyebabkan henti tugas lagi di LRA Sungai Dua.

”Bagaimanapun, LRA Sungai Dua terus beroperasi pada kapasiti optimum hari ini. Data menunjukkan bahawa tiada ancaman penutupan LRA Sungai Dua.

”Kekeruhan semasa air mentah dari Sungai Muda ialah 66.7 Unit Kekeruhan Nephelometric (NTU) setakat pukul 5 petang semalam dan keluaran pengeluaran air terawat di LRA Sg Dua ialah 994 juta liter/hari (MLD),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, PBAPP mengumumkan bahawa bekalan air telah pulih sepenuhnya di seluruh negeri selepas mengalami gangguan selama enam hari disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Dua.

Kenyataan itu berkata, PBAPP sentiasa memantau kualiti air mentah dari Sungai Muda dan akan mengeluarkan notis segera jika kekeruhan air mentah dari sungai terbabit melebihi paras ‘selamat’ yang akan menjejaskan operasi LRA Sungai Dua. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI