fbpx

Lima PATI tak sempat jumpa rakan, ditahan ditengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima PATI yang ditahan di perairan Tanjung Tuan awal pagi ini.

ALOR GAJAH – Perancangan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negeri ini melalui jalan laut bagi bertemu rakan senegara gagal selepas ditahan di perairan Tanjung Tuan, di sini, awal pagi ini.

Kesemua suspek warga Indonesia berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah malam tadi oleh sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 2.9 batu nautika barat Tanjung Tuan.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua PATI termasuk tekong berusia 31 tahun itu berjaya ditahan selepas pasukan menerima maklumat dari radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA).

Katanya, hasil pemeriksaan suspek dipercayai cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Pemeriksaan di dalam bot gentian kaca bewarna biru tanpa nombor pendaftaran itu kemudian menjumpai lima lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil soal siasat, mereka mendakwa ingin masuk ke negara untuk berjumpa rakan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penguat kuasa turut menjumpai beberapa barangan keperluan peribadi yang dibawa suspek di dalam bot tersebut.

Katanya, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI