fbpx

Lelaki didakwa bunuh abang, kakak ipar berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chun Ming berhadapan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya minggu lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang lelaki berhadapan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya, minggu lalu.

Ng Chun Ming, 61, mengangguk faham selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang juga penganggur itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ng Chun Hon, 64, dan Ooi Tin Lu, 59, di sebuah rumah di Taman Bercham Aman antara pukul 6.45 petang pada 6 Julai 2022 hingga 8.20 pagi pada 7 Julai 2022.

Pertuduhan yang dibacakan secara berasingan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Jesseca menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI