fbpx

JIM buru dua lelaki bagi tujuan perbicaraan di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tempatan, Muhammad Shazri (kiri) dan warga Bangladesh, Mohammad Akash diburu JIM bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pati, Semenyih, Selangor. Foto IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai memberikan maklumat mengenai dua lelaki yang kini diburu bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas Kes Pendatang Tanpa Izin (PATI) Semenyih, Selangor

JIM menerusi kenyataan akhbar berkata, lelaki pertama yang dicari merupakan warga tempatan dikenali sebagai Muhammad Shazri Mohd. Ali, 30, dengan nombor kad pengenalan 920313-10-5885 yang beralamat terakhir di BT 23 1/2, Kampung Api-Api, Bukit Rotan, Selangor.

Menurutnya, lelaki berkenaan dikehendaki berhubung satu kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Seorang lagi lelaki yang dikehendaki adalah warga Bangladesh dikenali sebagai Mohammad Akash, 28, pemegang pasport BRO877100 yang beralamat terakhir di No. 29 G, Tingkat Bawah, Jalan 1/3A, Pasar Borong Selayang, Pusat Bandar Utara, Batu Caves, Kuala Lumpur.

“Mohamad Akash dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di mahkamah sama berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,”katanya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki berkenaan diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd. Azamuddin Long dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

“Azamuddin boleh dihubungi di talian 03-88801338 dan 03-88801330 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI