fbpx

Jijik, saya tak lagi sokong Crackhouse Comedy Club! – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFDLIN SHAUKI kini berasa jijik dengan pendekatan komedi yang berlaku di Crackhouse Comedy Club.

PETALING JAYA – Pelawak Datuk Afdlin Shauki yang sebelum ini lantang membantah penutupan kelab komedi Crackhouse Comedy Club mula berubah pendirian apabila semakin banyak pendedahan dan bukti-bukti penghinaan terhadap kesucian agama berlaku di kelab berkenaan

Menerusi satu hantaran dalam Facebook, Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan bertegas tidak mahu lagi berkompromi dengan sebarang perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Berdasarkan info-info yang terkini yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam menerusi ‘live’ bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Walaupun hanya segelintir, jika berterusan, akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan menghina agama yang dibanggakan membuatkan saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!,” tulisnya.

Kata pengarah filem Buli itu lagi, sokongannya sebelum ini hanyalah didasari kesinambungan rezeki para pelawak yang ternyata memerlukan platform untuk membuat persembahan.

“Sokongan saya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tak menghina sesiapa.

“Sekarang ini nasihat saya pada pelawak-pelawak stand up (komedi berdiri), cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ini takkan selesai awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka disabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

“Saya mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa dilindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki kalian terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang diterima dan pada ketika ini, informasi ini membuatkan saya tak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus dibuka,” ujarnya.

Menerusi hantaran status dimuat naik, Afdlin, 51, turut berkongsi tangkap layar entri dikongsi pengasas premis berkenaan menyaksikan seorang wanita Muslim dipelawa membuka penutup minuman beralkohol dalam satu persembahan di kelab berkenaan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI