fbpx

Jemaah terkandas: 5 individu disambung reman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bakal jemaah yang terkandas di KLIA selepas gagal berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji baru-baru ini. /FOTO IHSAN PEMBACA

KUALA LUMPUR – Lima individu yang ditahan ekoran insiden kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu direman selama tiga hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lima individu berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu direman bermula hari ini hingga 16 Julai nanti.

Katanya, siasatan lanjut ini dijalankan oleh Polis Kuala Lumpur.

Terdahulu, lebih 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lima individu terdiri dua lelaki dan tiga wanita itu ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu.

Semua suspek diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan semula kepada Polis Kuala Lumpur selepas reman terhadap mereka tamat, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI