fbpx

Ibu tunggal cekal jual nasi lemak demi ibu bapa uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaidah (kanan) menjaga ibunya yang uzur, Hamidah (kiri) dengan hasil jualan nasi lemak.

MELAKA – Seorang ibu tunggal di Taman Kota Lakasamana di sini cekal menjaga kedua orang tuanya yang uzur dengan bergantung kepada jualan nasi lemak.

Shuhaidah Sawi, 47, berkata, pendapatan harian yang tidak menentu bagaimanapun menjejaskan perbelanjaannya untuk menguruskan bapa, Sawi Basri, 67 dan ibu, Hamidah Halil, 64.

Katanya, kini dia hanya meraih jualan harian kira-kira RM50 sahaja dan ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan yang dianggarkan RM1,000 sebulan.

“Saya sediakan 100 bungkus nasi lemak sehari termasuk yang diletakkan di gerai peniaga lain, tetapi jualan ini tidak menentu malah nasi lemak yang terjual akan dipulangkan semula.

“Setakat ini kami sekeluarga tidak pernah terputus makanan, namun terpaksa hadkan pembelian barang dapur susulan kos makanan yang semakin mahal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Tambah Shuhaidah, dia sudahpun memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pihak ibunya, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang bentuk bantuan.

Mengulas lanjut dia memberitahu, ibunya perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan memakai lampin pakai buang selepas terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu.

“Ayah saya pun sakit dan perlu membuat rawatan dialisis, namun kami ada menerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), jadi bolehlah menampung kos rawatannya.

“Namun, bantuan untuk ibu masih belum diluluskan lagi, kerusi roda yang ada pun sudah rosak, saya harap permohonan dapat diluluskan segera bagi meringankan beban kami sekeluarga,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI