fbpx

Harimau Benggala tertua mati pada usia 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja mati pada Isnin lalu di pusat perlindungan Jaldapara. – Twitter

NEW DELHI – Seekor harimau Benggala diraja yang didakwa tertua di dunia mati pada usia 25 tahun di sebuah pusat perlindungan di hutan Jaldapara, dalam negeri Bengal Barat, India, Isnin lalu, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Harimau bernama Raja itu tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit serius sebelum kematiannnya dengan doktor haiwan menyatakan haiwan itu mati kerana telah tua.

Penghormatan terakhir telah diberikan kepada Raja dengan badannya dibaringkan di atas pengusung di rumah perlindungan dan dihiasi dengan bunga.

Pada 2008, Raja dikatakan mendapat ‘kehidupan baharu’ selepas terselamat dalam serangan buaya. Ia berenang menyeberangi anak sungai di Sundarbans ketika serangan itu berlaku. 

Raja kehilangan kaki dan menghabiskan sisa hidupnya di dalam kurungan menggunakan kaki palsu. Ia hidup hingga usia matang selama 25 tahun dan 10 bulan.

Menurut laporan media tempatan, Raja sering memberi reaksi kepada penjaga dan doktor haiwan di pusat perlindungan itu.

“Ia seperti kanak-kanak dan seolah-olah memahami segala-galanya,” kata seorang pekerja.

Secara purata, harimau hidup antara 10 hingga 15 tahun di hutan dan 16 hingga 20 tahun sekiranya berada di dalam kurungan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI