fbpx

Empat nelayan Indonesia dikhuatiri lemas, bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang nelayan warga Indonesia ditemui selamat manakala empat lagi rakannya dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan berhampiran daerah Barat Daya sini pagi semalam.

BALIK PULAU – Seorang nelayan warga Indonesia ditemui selamat manakala empat lagi rakannya dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan berhampiran daerah Barat Daya sini pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik sebuah bot nelayan tempatan yang menemui seorang lelaki dalam keadaan terapung pada kedudukan 7.5 batu nautika dari barat Sungai Kongsi kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

”Sebaik menerima maklumat, bot Kilat 26 Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mangsa di perairan Gertak Sanggul seterusnya melakukan pencarian awal bagi mengesan baki rakannya yang masih hilang.

“Hasil temubual awal ke atas mangsa yang terselamat iaitu seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Aswin, 43 tahun memaklumkan yang dia dan empat rakannya berusia 30 hingga 55 tahun telah keluar ke laut dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia.

”Mereka keluar menangkap ikan dan telah berada di laut hampir lima hari sebelum bot mereka bocor dan karam sebelum belayar pulang sekitar pukul 7 pagi semalam. Pemeriksaan juga mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha pencarian masuk hari kedua (hari ini) sedang giat dilakukan dengan keluasan 77.7 kilometer dengan membabitkan aset Maritim Malaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI