fbpx

Elaun bulanan kepada veteran tentera atau pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI merasmikan pejabat pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Bera di Bera malam semalam.

BERA – Kerajaan bercadang memberikan elaun bulanan RM500 kepada veteran tentera atau pasangan sekiranya salah seorangnya terlantar sakit dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu kini di peringkat akhir perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan kebajikn veteran dan pasangan terjaga.

“Kalau veteran sakit terlantar, isteri yang jaga, isteri akan dapat elaun RM500 sebulan.

“Bukan itu sahaja, kalau isteri yang sakit, suami (veteran) yang jaga juga layak dapat RM500,” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Bera dan Program Ramah Mesra Perdana Menteri Malaysia Bersama Warga Setempat di Padang Awam Taman Merbau Indah, di sini malam semalam.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan pemberian elaun bulanan berjumlah RM350 kepada isteri yang menjaga sepenuh masa Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlantar sakit yang dilaksanakan sejak Ogos 2020.

Menurut Ismail Sabri, ini adalah antara inisiatif dilaksanakan kerajaan untuk membalas jasa para veteran yang telah banyak mempertahankan negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI