fbpx

Datuk antara empat direman tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki bergelar Datuk ( depan) antara empat yang dibawa untuk proses reman hari ini.FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Empat termasuk seorang lelaki bergelar Datuk direman tiga hari bagi membantu siasatan isu tuntutan palsu insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Perintah reman terhadap kesemua suspek lelaki berusia 23 hingga 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kesemua suspek ditangkap kira-kira pukul 4 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Salah seorang suspek yang ditangkap bergelar Datuk dan menjalankan perniagaan produk kecantikan secara dalam talian,” katanya ringkas kepada Kosmo! hari ini.

SPRM dalam kenyataannya semalam memaklumkan agensi itu bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melancarkan Ops Hire bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan Program Penjana Kerjaya di beberapa negeri seluruh negara.

Program Penjana Kerjaya merupakan antara inisitaif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja semasa mendepani cabaran Covid-19 bermula awal tahun 2020. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI