fbpx

Bicara tangguh, saksi akhir alami pendarahan usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jun lalu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan dirinya dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan berikutan pegawai penyiasat yang sepatutnya memberi keterangan tidak sihat.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan bahawa Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Haniff Lami mengalami pendarahan usus.

“Saksi terakhir saya, Hanif mengalami pendarahan usus dan perkara itu hanya dimaklumkan kepada kami lewat petang semalam. Dia telah diberikan cuti sakit selama dua hari. Kami cuba membuat persediaan agar saksi boleh memberi keterangan secara Zoom tetapi tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa. Bagaimanapun saksi dijangka boleh beri keterangan pada 12 Ogos ini,” katanya.

Pada prosiding hari ini, Najib hadir dan diwakili peguam bela, Rahmat Hadzlan.

Sementara itu, kehadiran bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dengan Najib melakukan pindaan laporan audit itu dikecualikan oleh mahkamah hari ini selepas Sri Ram memaklumkan terdapat salah faham mengenai tarikh perbicaraan hari ini.

Menurut Sri Ram berkata pada peringkat ini, Arul Kanda masih lagi seorang tertuduh sehingga diberikan sijil indemniti oleh mahkamah.

Berdasarkan Seksyen 63(3) Akta SPRM 2009, mana-mana tertuduh yang telah memberi keterangan terhadap tertuduh yang lain dalam kes yang sama boleh diberikan sijil indemniti sekira Mahkamah mendapati dia telah memberikan yang benar.

Sijil tersebut akan menghalang tertuduh yang telah memberi keterangan terhadap tertuduh lain dikenakan sebarang tindakan undang-undang dalam kes yang sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI