fbpx

Ambulans bawa pesakit terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ambulans yang terbalik di Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini.

BATU GAJAH – Sebuah ambulans membawa pesakit terbalik selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pisang di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 1.35 petang itu berlaku ketika ambulans dinaiki empat individu termasuk pesakit perempuan berusia 17 tahun dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, nahas berlaku membabitkan ambulans dan sebuah Toyota Vios dipandu jururawat wanita berusia 46 tahun.

Katanya, ketika kejadian, ambulans itu dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Wangsa ke Hospital Batu Gajah manakala kereta pula dari arah Seri Iskandar.

“Tiba di tempat kejadian, ambulans terbabit telah dilanggar di bahagian tengah sebelah kiri oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah Seri Iskandar yang tidak memberikan laluan.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan tiga penumpang ambulans termasuk seorang pesakit mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu kereta dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun penumpang hadapan kereta iaitu wanita warga emas berusia 77 tahun mengalami luka di bahagian pipi, mulut dan kaki kanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI