fbpx

Amber Heard gagal dapatkan perbicaraan semula kes saman Johnny Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan peguam Heard mendakwa berlaku salah laku pemilihan juri yang menjadi punca kekalahan aktres itu pada Johnny Depp.- USA Today

RICHMOND, Virginia – Seorang hakim di negeri Virginia, Amerika Syarikat (AS) menolak permintaan aktres Amber Heard supaya saman oleh bekas suaminya, Johnny Depp dibicarakan semula, lapor akhbar New York Post.

Heard  tewas dalam kes saman bernilai AS$10 juta (RM44 juta) itu pada bulan lalu. Dia bagaimanapun mendakwa, kekalahan tersebut berpunca daripada pertukaran salah seorang juri kes terbabit.

Hakim Mahkamah Fairfax, Penney Azcarate kelmarin menolak tuntutan bintang Aquaman berusia 36 tahun itu untuk perbicaraan semula, demikian menurut dokumen mahkamah.

Pasukan peguam Heard, 36, berhujah bahawa Juri Ke-15 dalam kes tersebut bukanlah orang yang dipanggil untuk tugas juri sekali gus menafikan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Namun begitu, hakim mengetepikan hujah Heard dengan menyatakan, pemilihan panel juri telah disemak dengan juri berkenaan mengikuti keseluruhan perbicaraan, duduk berbincang dan mencapai keputusan sebulat suara.

“Satu-satunya bukti di hadapan mahkamah ini ialah panel juri dan semua juri terbabit mematuhi angkat sumpah, arahan dan perintah mahkamah.

 “Mahkamah ini terikat dengan keputusan juri,” tegas Azcarate.

Peguam Heard mendakwa bahawa percampuran juri mungkin berlaku kerana terdapat dua orang dengan nama keluarga yang sama tinggal di alamat sama tetapi mempunyai umur berbeza iaitu 77 tahun dan 52 tahun.

Peguam Depp membantah dakwaan tersebut dan berkata, pasukan guaman Heard boleh menyelesaikan isu itu sebelum perbicaraan bermula. Ini kerana kedua-dua pihak menerima senarai panel juri lebih awal iaitu dua bulan sebelumnya.

Hakim berpihak pada hujah Depp selepas mendapati panel juri telah disoal siasat sehari mengenai isu tersebut.

“Tiada bukti berlaku penipuan atau salah laku,” tegas Azcarate. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI