fbpx

Amaran ribut petir di Kelantan, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Johor petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara jajahan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah dan Bachok.

Manakala kawasan lain adalah Kluang, Mersing serta Kota Tinggi di Johor. Amaran dikeluarkan sehingga pukul 7.00 malam nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, ” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI