PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah, Perak serta Pulau Pinang pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara kawasan terlibat adalah di Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu, Kedah.
Manakala kawasan lain adalah di seluruh Pulau Pinang dan di Kerian, Perak. Amaran dikeluarkan sehingga pukul 11.00 pagi.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, ” jelas MetMalaysia.