fbpx

Aidiladha, feel-good factor dan inflasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAIMANA cuti Aidiladha anda semua? Berdasarkan pengamatan penulis, orang ramai agak ‘meriah’ beraya. Hampir semua lebuh raya juga sesak teruk, berpusu-pusu pengguna jalan raya ke destinasi atau kampung halaman masing-masing.

Mereka yang bekerja juga ‘tidak sunyi’ dengan juadah serta menu hari raya, ada ambil inisiatif jamu rakan-rakan dengan air tangan masing-masing, buat potluck dan sebagainya.

Pendek kata semua cukup makan tidak kira di mana anda berada pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, baik bersama keluarga di kampung atau bekerja bersama rakan sekerja.

Jumlah mereka yang melakukan ibadah korban juga agak memberangsangkan. Ramai yang buat korban, sesetengah lokasi sampaikan ada yang kekurangan tenaga kerja untuk melapah, memotong serta mengagihkan daging haiwan sembelihan.

Meriah mereka melaksanakan ibadah sunat yang sangat dituntut ini.

Mungkin sudah dua tahun simpan hasrat untuk melakukannya, namun dibataskan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19. Jadi, Aidiladha kali ini masa terbaik bagi mereka yang ada modal lebih melaksanakan ibadah itu.

Sekurang-kurangnya ada juga feel-good factor walaupun keadaan ekonomi ketika ini tidak begitu memberangsangkan. Ditambah dengan kemelut kenaikan harga barangan, hari raya tetap perlu diraikan.

Tiada baju raya baharu tidak mengapa, janji dapat bersama ahli keluarga, kucup tangan ibu bapa yang semakin lanjut usia. Orang bergerak, wang juga bergerak.

Pergerakan besar-besaran ini membawa ‘limpahan’ rezeki kepada peniaga-peniaga di kampung halaman. Pengguna beratur panjang di pasar-pasar basah berbanding di luar musim perayaan.

Penulis percaya ‘perasaan positif dan ceria’ ini turut menyumbang mereka untuk berbelanja lebih.

Seperti situasi di peringkat global, Malaysia tidak terlepas dengan kenaikan harga barang dan inflasi. Pendapatan rakyat akan menurun apabila untuk barangan yang sama, kita perlu membayar harga lebih berbanding sebelum ini.

Apa yang merunsingkan penulis adalah apabila inflasi ini akan memaksa orang ramai menjadi kurang berminat untuk menabung. Sebabnya duit gaji cukup-cukup makan sahaja.

Lebih-lebih lagi golongan yang berpendapatan rendah. Mungkin selepas ini ada yang terpaksa korek tabung untuk membeli beras dan telur beri makan anak dan isteri.

Malaysia pernah melalui dugaan yang lebih besar dan bangkit daripada zaman kemelesetan ekonomi Asia pada 1997 dan 1998 mengikut ‘acuan’ dan model kita sendiri.

Dalam situasi mencabar sebegini, rakyat semestinya menagih kebijaksanaan dan kepimpinan negara untuk menangani cabaran ini. Semoga kita semua dilindungi-Nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI