fbpx

3,934 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan 3,934 kes dengan tujuh kes import berbanding 2,345 kes kelmarin yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,566,852 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,747 kes sembuh telah direkodkan yang menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 4,531,948.

“Selangor kembali mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,321 kes diikuti Kuala Lumpur (1,260), Sabah (241), Perak (207), Negeri Sembilan (174), Pualau Pinang (161), Putrajaya (111) dan Melaka (110).

“Turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kes harian adalah Kedah (79), Pahang (72), Sarawak (56), Johor (51), Terengganu (33), Kelantan (29), Labuan (15), dan Perlis (14),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 11 kematian telah dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,828 manakala BID mencecah 7,598.

Sebanyak 35,547 kes dikuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,268 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 30 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI