fbpx

Tutup terus Crackhouse? Syamsul Yusof saran undang-undang diperketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL YUSO terpanggil mengulas isu desakan penutupan premis komedi solo, Crackhouse Comedy Club.

PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof menggesa pihak berwajib memperketatkan undang-undang berhubung kes melibatkan seorang wanita yang membuka baju dan mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran di Crackhouse Comedy Club baru-baru ini.

Meskipun mahu tindakan tegas diambil, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, mengakui tidak sealiran seperti individu lain yang mendesak mahu premis tersebut dihentikan daripada terus beroperasi.

“Mungkin saya tidak sependapat tentang cadangan untuk menutup terus Crackhouse Comedy Club dan masih boleh dibincangkan.

“Namun, amaran keras dan undang-undang harus diperketat,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Syamsul yang kini meledak dengan kejayaan filem Mat Kilau itu turut menyeru semua pihak termasuk jabatan agama dan golongan pemimpin turun padang bagi menangani isu berkenaan.

“Jabatan agama dan pihak berwajib termasuk para pemimpin perlu serius dalam menangani isu tersebut daripada terus berlarutan tentang menghina agama Islam,” katanya lagi.

Sebelum Syamsul, beberapa selebriti ternama lain turut menyuarakan pandangan berhubung isu tersebut seperti Datuk Afdlin Shauki, Shahrol Shiro dan Sharifah Amani.

Bagi Shahrol, dia mahu tindakan tegas iaitu penutupan sementara harus dikenakan terhadap premis tersebut kerana menyediakan sebuah platform untuk wanita terbabit menghina agama.

Manakala, Afdlin pula membantah keputusan untuk menutup premis tersebut dan wanita tersebut sahaja yang harus dikenakan hukuman.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan wanita tersebut, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan sesama Islam.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Siti Aminah membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang memuat naik di media sosial berhubung prosiding kes ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu apabila seorang wanita berusia 28 tahun tampil membuat persembahan dalam satu acara komedi di CrackHouse Comedy Club.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakai di atas pentas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI