fbpx

Tugas sukar menanti skuad B-19 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-19 negara bakal berdepan ujian sebenar menentang Vietnam di peringkat separuh akhir di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia hari ini. – FAM

MISI skuad bawah 19 tahun (B-19) negara layak ke final Kejuaraan B-19 AFF buat kali keempat berturut-turut bakal berdepan laluan berliku apabila dijadualkan bertemu Vietnam di pe­ringkat separuh akhir di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia hari ini.

Kelmarin, skuad kendalian Hassan Sazali Waras terpaksa berpuas hati menamatkan aksi Kumpulan B selaku naib juara selepas tunduk 1-0 kepada Laos, juga di venue sama.

Perhitungan dengan skuad muda Golden Star Warriors itu pastinya menjadi ujian sebenar buat pasukan negara, namun Hassan percaya, kekalahan kepada Laos sudah memberi pengajaran berguna buat pemain.

“Kerana kesilapan kita dihukum dan sebenarnya kita memiliki peluang, namun pemain gagal menyempurnakannya dengan jaringan. Dengan pengalaman ini, saya harap kita dapat kembali bangkit di separuh akhir bertemu Vietnam.

“Dari segi pemain, Vietnam memiliki pemain bagus dan kami tidak boleh beri ruang kepada mereka. Dengan masa yang kita ada, saya harap ia memadai untuk pemulihan pemain untuk cuba mengembalikan prestasi,” katanya.

Pada edisi ke 18 di Indonesia kali ini, prestasi skuad B-19 negara belum lagi berada pada tahap terbaik ketika hanya mampu menewaskan Kemboja 2-1, seri tanpa jaringan dengan Singapra, kalahkan Timor Leste 4-3 dan tewas kepada Laos 1-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI