fbpx

Terkedu terima panggilan rumah, kedai makan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang memusnahkan rumah dan kedai makan di Kampung Cabang Tiga, Sungai Sok, Kuala Krai hari ini.

KUALA KRAI – Hasrat seorang bapa untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya terbatal selepas menerima panggilan jiran yang memaklumkan rumah dan kedai makannya di Kampung Cabang Tiga, Sungai Sok di sini terbakar hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.12 pagi itu, Zulfadli Mohamed, 37, yang sedang beraya di kampung mentuanya di Kuala Terengganu terkedu apabila menerima perkhabaran tersebut.

“Saya terus bergegas pulang untuk melihat keadaan rumah dan kedai makan. Saya terpaksa membatalkan niat untuk menyambut hari lahir anak hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, seramai 15 anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat dan memadam kebakaran.

“Dua buah rumah hangus sebanyak 80 peratus manakala dua buah kedai terbakar hampir 100 peratus dalam kejadian itu.

“Kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI