fbpx

Rangka Tindakan Perumahan 3.0 MINDEF tambah baik kebajikan warga ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kiri) pada Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menambah baik aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk veteran dan warga awam menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0) dalam melestarikan kebajikan warga kerja pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia, rangka tindakan ini akan memastikan perancangan Agenda Perumahan Kementerian Pertahanan (Mindef) bermula dari tahun ini hingga 2030 dapat dilaksanakan dengan teratur.

Menurutnya, ia dapat menjamin kemudahan perumahan kepada warga kerja pertahanan yang telah banyak menyumbang bakti kepada kedaulatan negara dan berkorban demi membela keselamatan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan menyanjung tinggi pengorbanan warga kerja pertahanan yang tidak menghiraukan penat lelah untuk mempertahankan keamanan negara tanpa mengira masa dan tempat, malah sanggup meninggalkan keluarga untuk berjuang di perbatasan.

“Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dilakukan seperti Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT), program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR) serta perumahan mampu milik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta program-program pembaikan serta pembinaan rumah veteran ATM,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Rangka Tindakan (Blueprint) Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0) di sini hari ini.

Tambahnya, BP3.0 adalah projek perumahan jangka panjang Kementerian Pertahanan yang menitik berat kebajikan warganya dengan matlamat memastikan lebih banyak RKMAT dibina dan diselenggara, lebih banyak rumah mampu milik dibina dan lebih ramai veteran ATM diberi rumah baharu dan ditambah baik kediaman sedia ada.

Sehubungan itu, katanya, bagi meneruskan kesinambungan BP1.0 dan BP2.0, BP3.0 akan menumpukan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit RKMAT seluruh negara menerusi lim fasa bermula tahun 2023 hingga tahun 2030.

“Di bawah program selenggara dan naik taraf, sasaran 80 peratus daripada 7, 292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf termasuk pengubahsuaian daripada dua unit kepada satu unit. Pada masa sama, perabot lama telah rosak akan diganti dengan perabot baharu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI