fbpx

Petronas akan keluar kenyataan isu anak syarikat dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar minyak Malaysia, Petronas akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu dua anak syarikatnya dirampas oleh waris arwah Sultan Sulu.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya berkenaan isu tersebut.

“Petronas akan buat kenyataan,” katanya ringkas pada Majlis Pelancaran Rangka Tindakan (Blueprint) Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0) di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, dua anak syarikat Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris arwah Sultan Sulu dalam pertikaian undang-undang bernilai AS$15 bilion (RM66.5 bilion) berhubung satu perjanjian yang ditandatangani 144 tahun lalu.

Langkah tersebut, yang buat kali pertama dilaporkan, merupakan sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dilancarkan pada tahun 2017 oleh waris Kesultanan Sulu.

Ditanya isu berkaitan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ismail Sabri berlalu meninggalkan majlis hari ini.

Terdahulu, sumber kerajaan memberitahu sebuah portal, Tajuddin digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI