fbpx

Pesohor media sosial cantik rupanya ketua sindiket penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jessica Andrade da Silva ditangkap di Salvador, Bahia, 22 Jun lalu. - Globo

BRASILIA – Seorang pesohor media sosial di Brazil ditangkap kerana menjadi ketua sebuah sindiket penjenayah, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Jessica Andrade da Silva mempamerkan kehidupan mewah termasuk melancong, menaiki kapal layar dan helikopter di media sosial untuk mengaburi mata pihak berkuasa. 

Dia sebenarnya menguruskan kumpulan penjenayah bagi pihak suaminya yang berada di penjara.

Jessica bergiat aktif di kejiranan Jangurussu, Fortaleza yang merupakan ibu negeri Ceara di timur laut Brazil. 

Suaminya, Vicente Peru merupakan salah seorang ketua utama kumpulan penjenayah Cariova di Caera. 

Dia ditangkap di Goias pada 2016 dan dipindahkan ke sebuah penjara kawalan keselamatan maksimum pada tahun berikutnya.

Isteri Peru mula mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial ketika berusia 28 tahun.

Menurut pihak berkuasa, Jessica akan terlibat secara langsung untuk melaksanakan arahan suaminya dalam beberapa situasi atau bekerjasama untuk merea­lisasikan arahan berkenaan da­lam situasi lain.

Dia ditangkap di Salvador, Bahia pada 22 Jun lalu. Pada 10 Julai berikutnya, wanita itu memohon untuk ditahan di rumah kerana mempunyai dua anak di bawah usia 12 tahun.

Waran tangkap terhadap wanita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Daerah Fortaleza. 

Mahkamah berkenaan mene­tapkan supaya Jessica dipakaikan gelang kaki elektronik untuk pengesanan lokasi dan dilarang menggunakan telefon bimbit atau talian tetap.

Dia juga dilarang menerima sebarang jenis lawatan kecuali ahli keluarga terdekat, pegawai perubatan dan peguam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI