fbpx

Pertemuan Jokowi, Xi Jinping hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi (kiri) bercakap dengan Jinping ketika sesi bergambar di hadapan Istana Osaka semasa Persidangan G20 di Jepun pada 28 Jun 2019. – AFP

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping akhir bulan ini bagi membincangkan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Rancangan bagi lawatan itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Bidang Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan selepas beliau bertemu Menteri Luar China, Wang Yi di Pulau Bali, hujung minggu lalu.

“Di hadapan seluruh delegasi Indonesia dan China, saya bersama Menteri Luar, Retno Marsudi berharap agar sinergi bagi Tumpuan Maritim Global-Inisiatif Jalur dan Laluan (GMF-BRI) yang meru­pakan dasar antara kedua-dua negara dapat diperluaskan bagi kerjasama tersebut.

“Kami berharap agar Memorandum Persefahaman (MoU) GMF-BRI dapat dimeterai oleh Presiden Jokowi ketika kunju­ngan beliau ke China yang dijadualkan akhir bulan ini,” kata Luhut.

GMF-BRI atau lebih dikenali sebagai projek infrastruktur Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Jinping pada tahun 2013. Projek mega tersebut antaranya bertujuan untuk membangunkan infrastruktur darat, laut dan udara secara besar-besaran.

OBOR juga bermatlamat untuk meningkatkan serta memperbaiki jalur perdagangan dan ekonomi antara negara-negara Asia dan kawasan sekitarnya.

Dalam pada itu, Wang Yi berkunjung ke Pulau Bali pada hujung minggu lalu bagi menghadiri pertemuan dengan menteri-menteri luar negara Kumpulan 20 (G20) selama dua hari.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Indonesia, beliau turut melakukan kunjungan hormat dan menemui Jokowi di Istana Merdeka, Jakarta kelmarin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI