REALME jenama telefon pintar yang semakin berkembang di dunia telah melancarkan peranti terkini, GT Neo 3 baru-baru ini.
Peranti tersebut hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan dan disertakan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 81000 5G yang menawarkan keupayaan kecekapan kuasa yang menakjubkan.
Selain itu, telefon pintar ini juga memberikan paparan visual yang mengasyikkan dengan dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci resolusi HD+ penuh dengan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini juga dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar bagi membolehkannya digunakan untuk tempoh yang lama.
Kapasiti bateri untuk peranti ini adalah 5,000mAh dan disertakan dengan ciri pengecasan pantas 80W.
Melalui ciri pengecasan pantas itu, peranti ini boleh mengecas dari 0 hingga 50 peratus dalam tempoh masa 12 minit sahaja.
Bagi memastikan pengecasan yang selamat kepada pengguna, peranti ini juga dilengkapi dengan pensijilan TÜV Rheinland Safe Fast Charge
System yang mempunyai 38 lapisan perlindungan keselamatan dalam peranti.
Melalui pengurusan kawalan arus pintar, ia akan memutuskan sambungan sumber kuasa luaran dengan serta-merta apabila sesuatu risiko dikesan.
Sementara itu, peranti ini juga hadir dengan tiga kemera utama pada bahagian belakang yang terdiri daripada 50MP, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.
Bahagian hadapan peranti ini dilengkapi kamera hadapan 16MP.