fbpx

Noze diskriminasi jenama kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOZE

SEJAK muncul dalam program realiti Street Woman Fighter, Noze antara peserta yang paling mendapat perhatian peminat.

Pesona yang dimilikinya cukup lengkap. Ditambah dengan bakat menari yang bukan calang-calang bahkan juga kecantikan rupa parasnya.

Disebabkan popularitinya sedang meningkat naik ketika ini, Noze menjadi buruan banyak jenama untuk menjalin kerjasama dengannya.

Dia dilihat kerap mempromosikan barangan daripada pelbagai jenama termasuklah nama besar seperti Gucci dan Fendi.

Bagaimanapun, baru-baru ini Noze dikecam teruk susulan dakwaan segelintir netizen kononnya mendiskriminasi jenama-jenama kecil yang ingin bekerjasama dengannya.

Noze dikatakan memadam perkongsian berkaitan jenama kecil tidak lama selepas dimuat naik dalam media sosial miliknya tetapi tidak untuk jenama mewah dan besar.

Justeru, kemunculannya dalam sebuah konsert bersama penari-penari lain daripada program tersebut di Seoul Olympic Park baru-baru ini mengundang kecaman. Dia dituduh sengaja berlakon sebagai mangsa apabila cuba menutup isu tersebut dengan air mata ketika membuat ucapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI