fbpx

Lelaki dikhuatiri hilang semasa bersihkan dusun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan masuk ke dusun durian tempat seorang pemuda dikhuatiri hilang dekat Sungai Batu Pahat, Kangar sejak Jumaat lalu.

KANGAR – Seorang pemuda dikhuatiri hilang ketika melakukan kerja-kerja membersihkan dusun durian milik rakannya yang terletak di atas bukit di Sungai Batu Pahat, Jalan Bukit Ayer di sini sejak 8 Julai lalu.

Mangsa, Zulhelmi Abdul Halim, 28, dikatakan hilang semasa menebas semak-samun bersama rakannya, Helmee Ramli, 42, yang turut mengambil upah membersihkan kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, rakan mangsa yang mula menyedari kehilangan Zulhelmi bertindak melakukan pencarian di kawasan sekitar sehingga lewat petang hari kejadian.

“Helmee kemudiannya turun semula ke bawah dan keesokan harinya dia bersama seorang jiran meneruskan pencarian mangsa sehingga semalam, namun masih gagal menemuinya,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, Yusharifuddin memaklumkan abang mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar pada semalam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

“Kita bersama agensi berkaitan telah melakukan operasi pencarian meliputi kawasan seluas tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Kita juga telah mendapatkan bantuan daripada agensi rakan sempadan di Thailand bagi membantu mengesan mangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI