fbpx

‘Kena panjat pokok untuk buat panggilan telefon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk Orang Asli mencari talian internet di kawasan berbukit di Pos Balar, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sebahagian pen­duduk kampung Orang Asli di kawasan pendalaman daerah ini sekali lagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan capaian liputan internet lemah di penempatan mereka.

Dakwa mereka walaupun sya­rikat telekomunikasi telah membina beberapa pencawang bagi meningkatkan capaian internet dan talian komunikasi, namun situasi itu tidak banyak berubah.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Perawas di Pos Balar di sini, Kamal Alek, 36, berkata, masalah capaian yang lemah menyukarkan urusan komunikasi khususnya ketika menghadapi bencana alam dan kecemasan.

“Kita berharap capaian internet dan talian di kawasan kampung Orang Asli ditingkatkan.

“Masyarakat pedalaman sudah lama menghadapi masalah ini dan kami juga mahu kemudahan seperti di kawasan bandar,” katanya ba­ru-baru ini.

Dior Angah, 27, berkata, liputan komunikasi bukan sahaja lemah di Pos Balar malah turut melibatkan di semua pos Orang Asli yang masih menggunakan jalan balak.

Katanya, mereka sudah lama membangkitkan perkara itu termasuk mahukan jaringan perhubungan jalan yang lebih selesa.

“Kita sudah berada pada tahun 2022, namun penduduk Orang Asli di kawasan di Kelantan masih lagi menghadapi masalah perhubungan talian internet dan telefon.

“Adakala kami perlu ke kawa­san berbukit dan memanjat po­kok bagi mendapatkan capaian internet dan membuat panggilan telefon,” luahnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Un­dangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim mengakui kemudahan jalur lebar dan telefon di kawasan pedalaman masih berada pada tahap lemah.

“Liputan internet yang baik di pedalaman perlu menjadi keutamaan kerana pembelajaran dalam talian ketika ini.

“Kita berharap pelancaran sa­telit MEASAT-3d baru-baru ini dapat menawarkan liputan lebih baik kepada penduduk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI