fbpx

Karya Global Art dipamer di outlet OldTown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEW (tiga dari kanan) dan Radzali (tengah) pada majlis pemeteraian MoU antara Oldtown dengan Global Art di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – OldTown Kopitiam bersama Global Art telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama strategik bagi meningkatkan pendedahan masyarakat terhadap budaya serta nilai tradisional Malaysia melalui karya lukisan.

Menerusi jalinan kerjasama yang dinamakan sebagai Art of OldTown ini, OldTown telah bersetuju untuk memberi peluang kepada karyawan di bawah Glo­bal Art mempersembahkan karya seni mereka di dinding beberapa outlet sedia ada OldTown seperti OldTown Sri Rampai.

Projek itu akan diperluaskan lagi ke lokasi-lokasi lain untuk kekal berhubungan bersama masyarakat setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif OldTown Kopitiam, Dawn Liew berkata, usaha ini bukan sahaja memberi peluang serta soko­ngan kepada karyawan untuk mempamerkan hasil karya mereka kepada pelanggan yang berkunjung ke cawangan OldTown, malah ia merupakan salah satu inisiatif syarikat menyegarkan jenama mereka serta mevariasikan strategi pemasaran untuk terus kekal relevan di dalam pasaran.

“Karya lukisan ini sangat bertepatan dengan objektif baharu OldTown dalam misi pe­ngukuhan jenama iaitu menerapkan nilai tempatan di dalam setiap konsep rekaan dalaman premis.

“Ini adalah kali ke empat OldTown menukar konsep rekaan dalamannya sejak mula bero­perasi pada tahun 2005,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU antara Old di antara OldTown Kopitiam de­ngan Global Art di cawangan Sri Rampai di sini baru-baru ini.

Selain itu, Pengerusi Persa­tuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr. Radzali Hassan me­nerangkan, pihaknya menyokong penuh usaha ini malah berpendapat bahawa aktiviti tersebut sangat kreatif dan inovatif untuk menarik minat pelanggan serta meningkatkan pengukuhan jenama bagi kedua-dua jenama.

“Saya berharap agar usaha dan kerjasama sebegini dalam kala­ngan penggiat francais dapat dilaksanakan dengan lebih banyak pada masa akan datang bagi menyokong pertumbuhan industri francais di negara ini,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI