fbpx

Jangan buat main bab talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Talak yang dilafazkan oleh suami tidak boleh disembunyikan kerana ia melibatkan hukum agama. 

Peguam syarie, Nabilah Rahim menerusi perkongsiannya di Facebook menasihati supaya hal berkenaan talak tidak boleh dibuat main-main. 

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak lafaz talak tidak boleh ditarik balik. Kalau suami tidak mahu buat pengesahan lafaz cerai, isteri juga boleh ke mahkamah untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai. 

“Jangan sembunyikan talak dek kerana takut lafaz tersebut jatuh. Ini melibatkan hukum agama, melibatkan agama,” katanya menerusi hantaran tersebut. 

Dalam masa sama, Nabilah berkata, beliau menerima beberapa panggilan berkenaan lafaz talak daripada pihak isteri. 

Katanya, wanita-wanita tersebut bertanyakan lafaz talak antaranya melalui WhatsApp selain ada yang meminta kepastian suami melafazkan jatuh talak tiga jika keluar rumah serta suami menyesal melafazkan talak dalam keadaan marah.  

“Sebenarnya kes-kes yang melibatkan lafaz talak dilafazkan di luar mahkamah tanpa kebenaran hakim, perlu disahkan di hadapan hakim. Peguam juga tidak boleh kata talak tersebut memang jatuh atau tidak jatuh. 

“Peguam hanya boleh memberikan pendapat sahaja tetapi yang memutuskan jatuh atau tidak jatuh talak tersebut hanyalah hakim,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI