fbpx

Gantung tak bertali disebabkan kos hidup meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juwairiya ( depan) sedang menyantuni penerima biasiswa sambil diperhatikan Siti Kamariah ( tengah barisan kedua).

SHAH ALAM – Kenaikan kos barang dan sara hidup memberikan impak apabila dilaporkan 12 peratus daripada 80 panggilan diterima Wanita Berdaya Selangor (WBS) adalah melibatkan penderaan atau pengabaian ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif WBS, Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, jumlah keseluruhan panggilan itu adalah sejak November tahun lalu dengan lebih menambah derita apabila golongan ‘didera’ tersebut merupakan isteri yang digantung tidak bertali oleh suami mereka.

Katanya, keadaan ini seterusnya menyulitkan mereka apabila berada di persimpangan atau tertekan kerana tidak tahu untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

“Apabila kos meningkat, ada keluarga terkesan atau hilang pendapatan dan si suami didapati terus tinggal isteri dan anak tanpa khabar berita.

“Jadi, keluarga ditinggalkan tanpa nafkah dan ini merupakan penderaan dalam bentuk ekonomi. Kes sebegini banyak kita terima kebelakangan ini berbanding penderaan fizikal,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian biasiswa WBS Kohort 2 bagi program pembelajaran sepanjang hayat, di sini.

Dalam pada itu, Siti Kamariah memberitahu, berdasarkan rekod didapati rata-rata wanita gantung tidak bertali ini berusia 44 hingga 55 tahun.

Ujarnya, kebanyakan mereka dikategorikan sebagai miskin bandar dan kes akan segera disalurkan kepada penyelia WBS kawasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pusat khidmat masyarakat setempat.

“Kalau mereka ibu tunggal, kita boleh mempertimbangkan untuk inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

“Masalahnya, wanita didera (ekonomi ini) adalah gantung tidak bertali dan tergolong ‘grey area’. Nak minta bantuan ibu tunggal tidak boleh dengan mereka tiada sumber pendapatan selain berdepan kehidupan mencabar,” jelasnya.

Mengulas mengenai penyampaian biasiswa itu, seramai 13 wanita terpilih untuk menyambung belajar peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah menerima biasiswa keseluruhan berjumlah RM200,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI