fbpx

Ditahan kerana cuba rasuah anggota polis RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Cubaan seorang lelaki menyogok seorang anggota polis dengan wang tunai RM200 sebagai dorongan melepaskan diri daripada pemeriksaan membawa padah apabila dia diberkas di Kampung Air Putih di sini semalam.

Suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Pekan, Pahang tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 4.10 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, lelaki telah ditahan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di lokasi kejadian.

Beliau memberitahu, pemeriksaan itu dilakukan setelah suspek disyaki kerana berada dalam keadaan mencurigakan bersama sebuah motosikal Honda Dash 125.

“Dia gagal mengemukakan lesen memandu dan cukai jalan motosikal tersebut apabila diminta anggota polis terbabit.

“Pemeriksaan menerusi dokumen pengenalan dirinya pula mendapati lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, sewaktu hendak dibawa untuk menjalani ujian urin, suspek telah menghulurkan wang tunai RM200 dipercayai sebagai dorongan bagi menyelesaikan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI