fbpx

‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARNA produk inai jualan Neelofa dikecam hebat dan didakwa tidak menghasilkan warna yang cantik seperti produk lain di pasaran.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal Neelofa menegaskan pengguna inai jenamanya, NunHa tidak akan mendapat warna yang diingini sekiranya melanggar ‘pantang larang’ cara pemakaian yang disyorkan.

Menurut Neelofa, 33, perkara tersebut membuatkan ramai yang memuat naik kandungan media sosial yang memburuk-burukkan jenamanya, sekali gus boleh menjatuhkan reputasi bisnes orang lain.

“Ada hamba Allah ini, sudahlah tidak mengikut arahan, pantang larang dan derhaka ukuran air. Tidak keluar warna inainya sebab dia derhaka.

“Kemudian, dia muat naik video yang membuatkan ramai hilang kepercayaan dengan inai NunHa, sekali gus menutup periuk nasi orang lain. Tindakan itu sangatlah tidak baik,” ujarnya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.

Bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu turut menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jenama inai NunHa tidak menyebarkan sesuatu yang memburukkan jenama lain hanya kerana warna inai yang dipakai tidak menjadi.

“Kita semua sama-sama mencari rezeki.

“Namun sebenarnya dia (individu sebar video burukkan inai NunHa) berniat tidak baik dengan menguar-uarkan bahawa produk ini tidak menjadi, padahal caranya memakai inai yang tidak betul,” jelasnya lagi.

Semalam, bekas pengacara Nona itu turut menjawab dakwaan tular yang mengatakan inai NunHa tidak mesra wuduk dan warnanya lebam tidak secantik jenama lain di pasaran.

Ibu anak satu itu turut berjanji akan mengadakan sebuah majlis khas dengan membawa pakar dalam bidang berkaitan untuk meleraikan salah faham ramai berhubung inai keluaran syarikatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI