fbpx

Christophe Gamel idam kebangkitan semula skuad Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMEL percaya skuad Sri Pahang memiliki potensi untuk kembali ke landasan kemenangan dengan syarat kurangkan kesilapan.

DI SEBALIK kekalahan berturut-turut dalam tiga aksi tera­khir, pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel masih bersikap positif dan percaya pasukan itu memiliki potensi untuk kembali ke landasan kemena­ngan.

Ketika masa depannya bersama pasukan kini menjadi tanda tanya, jurulatih kelahiran Perancis itu enggan terlalu dihimpit tekanan, sebaliknya fokus kepada ‘kerja rumah’ sebelum menyambung saingan pada suku akhir Piala FA menentang Penang FC, 23 Julai ini.

Walaupun dihimpit kekalahan, Gamel berasakan Sri Pahang sudah menyerlahkan pe­ningkatan, malah pemain juga begitu teruja untuk menghadirkan keputusan lebih baik buat pasukan.

“Isu utama kita perlu kurangkan kesilapan. Banyak kali saya tegaskan, kami mula ketinggalan kerana kesilapan kecil dan pasukan lawan berjaya ambil kesempatan, malah gagal me­nyempurnakan peluang.

“Kita mempunyai skuad baik hasil adunan pemain berpengalaman dan pemain muda.

“Masih belum terlambat untuk bangkit kerana perjalanan liga masih panjang. Saya yakin pemain boleh lakukan lebih baik dalam baki perlawanan jika berusaha lebih keras,” katanya.

Ketika ini, skuad Tok Gajah berada di kedudukan bahaya iaitu kedua tercorot dengan lapan mata, berkelebihan satu mata berbanding Penang di tempat terakhir, namun pencabar itu masih kurang satu perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI