fbpx

Banjir Baling: LZNK bantu bina rumah asnaf fakir, miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah mangsa banjir di Baling yang mengalami kerosakkan sepenuhnya.

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan membina semula rumah asnaf fakir dan miskin yang terjejas dalam kejadian kepala air dan banjir di Kupang, Baling pada 4 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya akan mengenal pasti mangsa yang layak untuk menerima bantuan itu.

Syeikh Zakaria (dua dari kiri) berbual dengan penerima sumbangan pada Perasmian Agihan Daging Korban Kepada Asnaf Kedah di Kolej Agama Sultan Abdul Halim di Alor Setar, hari ini.

Katanya, proses mengenal pasti mangsa terlibat akan dilakukan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Baling, Majlis Tindakan Daerah dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Kita difahamkan ada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan perlu dibangunkan semula, ada juga yang hendak dibaiki selain perkakasan rumah rosak.

“Jadi ketiga-tiga kategori ini kita akan sediakan peruntukan sewajarnya setelah kita dapat penilaian sebenar daripada pihak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas program Perasmian Agihan Daging Korban Kepada Asnaf Kedah di Kolej Agama Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut menerima sumbangan daripada banyak agensi untuk membantu mangsa banjir terlibat termasuk daripada lembaga zakat negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI