fbpx

Empat maut nahas enam kereta, treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan empat mangsa di Ipoh petang semalam. FOTO: RANGER ZAC

IPOH – Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan empat mangsa di Ipoh petang tadi. FOTO: RANGER ZAC

Katanya, setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler dengan empat mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa yang tersepit seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Ipoh hari ini. FOTO IHSAN JBPM PERAK

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI