fbpx

38 iklan jual minyak masak secara online ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak dirampas KPDNHEP dalam usaha mengekang ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menurunkan sebanyak 38 iklan penjualan minyak masak paket dan botol yang dijual di dua platform dalam talian menerusi usaha kementerian menggempur dagangan barang bersubsidi.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, susulan itu, sebanyak 255 minyak masak paket satu kilogram (kg) dan 41 botol dalam bungkusan 500 gram, 1 kg, 2 kg serta 3 kg disita dengan nilai rampasan sebanyak RM1,495.50. 

“Penguatkuasaan yang diadakan bagi tempoh 1 hingga 12 Julai lalu menyaksikan 18 premis mempunyai alamat penjual pada platform jualan digempur sebelum menemui barangan bersubsidi itu.

“Susulan itu, KPDNHEP juga sedang meneliti beberapa langkah untuk mengetatkan tatacara jualan dalam talian khususnya membabitkan barang kawalan dan subsidi bagi mengekang ketirisan itu,” katanya dalam hantaran Twitter tadi.

Alexander berkata, justeru satu kes direkodkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan(PKB) 1974 di mana orang tidak boleh berurusan secara borong atau runcit melibatkan barang berjadual secara tanpa lesen.

“Bagi kes kedua pula, tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 ekoran menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis dilesenkan.

“Kedua-dua kes ini sedang dalam tindakan mengikut saluran undang-undang di bawah bidang KPDNHEP,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI