fbpx

29 lagi individu terima Taraf Kewarganegaraan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyampaikan surat kewarganegaraan kepada adik, Hana Humaia Rafizi Abdullah pada Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kompleks D, Putrajaya di sini, hari ini./ FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganugerahkan Taraf Kewarganegaraan Malaysia mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan kepada 29 lagi penerima hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang diberikan mengikut Perkara 15A sejak Januari lalu adalah seramai 487 penerima.

“Sejak Januari lalu hingga kini, kita sudah berikan kepada 335 penerima Bumiputera, 139 penerima bukan Bumiputera dan 13 penerima lain-lain.

“Penerima terbabit adalah sebahagian daripada pemohon yang telah kerajaan pertimbangkan sebagai layak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini tadi.

Terdahulu, seramai 29 penerima menerima Taraf Warganegara Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa berusia 21 tahun ke bawah.

Hamzah berkata, Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dalam sesuatu hal keadaan khas, mendaftarkan seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun sebagai warganegara.

“Pemberian taraf kewarganegaraan ini merupakan anugerah tertinggi kerajaan Persekutuan dan diharap mereka akan menjadi rakyat yang bertanggungjawab.

“Kami juga menerima permohonan yang banyak namun, ia diberikan selepas melalui proses yang lama dan berdasarkan bukti-bukti tertentu,”’ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI