fbpx

102 rumah rosak dipukul ribut di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah yang terkesan akibat kejadian ribut di Perlis baru-baru ini.

KANGAR – Jumlah rumah yang rosak akibat dilanda ribut pada pagi semalam meningkat kepada 102 buah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bumbung akibat diterbangkan angin dan dihempap pokok tumbang.

“Bagi zon utara, sebanyak 62 rumah terlibat dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Taman 20 membabitkan 30 buah rumah.

“Kawasan lain yang turut dibadai ribut di zon itu Kampung Paya, Kampung Perawah, Beseri, Lubuk Sireh dan Oran,” katanya di sini hari ini.

Bagi zon timur yang melibatkan Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh dan Balik Bukit, sebanyak 28 rumah terjejas.

“Sebanyak sembilan rumah dilaporkan rosak di zon tengah meliputi Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis.

“Seterusnya zon barat iaitu Kangar dan kawasan sekitar Masjid Putra pula, sebanyak tiga rumah terjejas,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan dan penyelarasan bantuan kepada mangsa kejadian sedang giat dijalankan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri.

TUANKU Syed Sirajuddin (tiga dari kanan) melawat mangsa ribut di Kampung Perawah, Kangar hari ini.

Dalam pada itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melawat mangsa dan meninjau sendiri kesan ribut di Kampung Perawah dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI