fbpx

Zazuli Ketua Pengarah Kastam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zazuli (kanan) dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu bermula 8 Julai lalu.

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Zazuli Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa pada 8 Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, lantikan baharu itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang tamat lantikan secara kontrak pada 24 Mac 2022.

“Zazuli berusia 59 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia selain memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia.

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985 dengan jawatan pertama disandang sebagai Penguasa Kastam di Cawangan Pelabuhan Utara Selangor,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Mohd. Zuki berkata, Zazuli mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kawalan import eksport, pengurusan pematuhan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain perkastaman dan percukaian.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimiliki akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke arah pentadbiran bertaraf dunia.

“Saya bagi kerajaan ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Latif atas jasa dan bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI