fbpx

Warga emas maut ditembak lepas main mahjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 63 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di Amarin Kiara, Jalan Desa Kiara 1, tengah malam tadi. /FOTO IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut akibat ditembak selepas selesai bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara, Jalan Desa Kiara 1, dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa yang berusia 63 tahun itu ditembak semasa berjalan kaki menuju ke keretanya yang diparkir di luar kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihak polis menerima makluman kejadian sekitar pukul 12.09 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga tempatan berusia 63 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah mengunjungi rumah rakannya di Amarin Kiara untuk bermain mahjung.

“Sebaik selesai bermain mahjung, mangsa telah keluar dari rumah rakannya dan berjalan kaki menuju ke keretanya yang diparkir di luar kawasan berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, saksi di tempat kejadian mendakwa telah ternampak mangsa melintas di hadapannya untuk ke tempat meletak kereta.

“Tidak berapa lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta dan terkejut mendapati mangsa sudah terbaring di sebelah keretanya dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Ujar beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI