fbpx

Wanita maut motosikal dinaiki bersama suami, anak dirempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera dalam kemalangan tersebut.

KUNAK – Seorang wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki keluarga berkenaan dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau semalam.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa, Rina Samo, 38, yang juga warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa berusia 39 tahun dan anak lelakinya berumur tujuh tahun mengalami cedera di bahagian kepala, muka dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, siasatan awal mendapati kereta SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berumur 54 tahun bergerak dari arah Tawau menuju ke Kunak manakala motosikal dinaiki mangsa berada di hadapan di lorong sama.

“Bagaimanapun, kereta Proton X70 cuba memotong sebuah lagi kereta di hadapannya namun pada masa sama motosikal dinaiki mangsa cuba masuk ke simpang sebelah kanan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Jarak yang terlalu hampir mengakibatkan kereta X70 terbabit tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa.

“Ekoran rempuhan itu, penunggang dan anaknya terpelanting ke bahu jalan manakala mangsa wanita diseret oleh kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Sabarudin memaklumkan mangsa iaitu pembonceng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya berumur tujuh tahun dan suaminya, 39, mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kunak untuk proses bedah siasat. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI