fbpx

Wan Saiful sahkan kontrak Pengerusi PTPTN tamat 17 Jun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful (empat dari kanan) pada program korban zon Tunjang di Kampung Machang dekat Jitra hari ini.

JITRA – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Wan Saiful, kontrak bagi jawatan tersebut tamat pada 17 Jun lalu.

“Memang betul saya bukan lagi Pengerusi PTPTN kerana kontrak saya telah tamat pada 17 Jun lalu dan setakat ini saya difahamkan pengerusi baharu belum lagi dilantik.

“Sepanjang empat tahun di PTPTN, saya berbangga dengan usaha dijalankan terutama berkaitan fokus penyelesaian jangka panjang membabitkan hutang anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan ibadah korban bersama masyarakat kampung di Kampung Machang, dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI